Ayat
ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan
iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit
menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang
fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau
hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut
keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia
dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,
siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.
bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang
yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal
ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan
memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang
dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan
jin terbakar.
Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan
berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya
& ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati
orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga
Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati
syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin
‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT “