Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Saturday, June 25, 2011

6Hari Seminggu

korg nak tau ape 6hari smggu..?
tu laa masa aq berkerja dalam masa seminggu..
hehe..nk buat cam mana..dh mmg syarat tuk kerja ngan company ni..
demi tuk mencari rezeki tuk sara diri n bantu parent sikit sebanyak..
so..!! ape yg aq nk share kt korg kali ni..
aq kerja smggu 6hari..off-day hari Jumaat jer..
mklum lah korg tahu kt Kelantan ni ari Jumaat hari yg diberi penghormatan tuk rilek ngan family.. :)
arini hari sabtu..so minggu ni aq kerja shif malam..aduh..
company aq ni bergerak 24jam..so total shif = 3
1st aq kerja aq dapat shif ptg...start kerja jam 4pm - 1am
waaaaa..!!! giler arr kerja blik kul 1am..haha
then malam ni plak aq kerja jam 11pm - 10am besoknyer..!!!
haha..mintak2 laa mata aq dapat bertahan mlm ni smp pg sok.. 
kerja aq mudah jer..duk dpn komputer spnjang masa..hehe
staff2 kt sane pn agak sporting laa..bnyk tlg aq tuk buat sume kerja kt citu..
keje kt company aq ni kene pndai manage masa laa..time bile kene rhat..
sbb banyak masa digunakan tuk kerja..hehe..
bagi sape2 yg xtahan tuk kerja malam..aq sarankan jgn pilih kerja camni..haha
tp sampai skrg..alhamdulillah..dengan rasukan ma & ayah  aq..haha..
aq kuatkan semangat tuk keje kt sini..hehe..pape pn kpd kwn2 aq yg masih blm bkerja..
aq ucapankan slamat maju jaya..hehe..
ceeee uuuu next time.. :)

Wednesday, June 22, 2011

Hujan Emas Di Negeri Sendiri

Alhamdulillah....
rezeki datangnya dari Allah..aq bersyukur sgt2.. :)
xsangka panggilan ibu aq tuk pulang kerja di tanah air sndri tidak sia2..
hari kedua aq berada di kelantan..aq sudah diterima berkerja di sebuah syarikat pencetak..
yang terletak betul2 di tengah bandaraya Kota Bharu.. :)
aq hepy dan bersyukur sgt2..yela b4 ni..yg pening pikir nak cari keje kat mana,,
pegi inteview..sume xdapat..huu..so tuk kali terakhir aq pegi interview..
ditawarkan kerja dengan position yang aq xsangka..wow..!!!
hehe..suka2 sangat..kerjanya rilek...n staff2 kt situ pn sporting giler laa..leh aq ckap..
hehe..sampai sini dulu la yer..t aq continue agi.. :)

Tuesday, June 14, 2011

Asal Kejadian Neraka

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum.. 


Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w... sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN

============

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Saturday, June 11, 2011

Aku Lelaki, Kau Wanita

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

******

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

Rahsia As-Solat




1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Thursday, June 9, 2011

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging

2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Monday, June 6, 2011

1:Week 7-5:Day Remaining

hey.. :) pejam celik pejam celik..da 3 minggu lebih aq kat Shah Alam ni..
xlame lagi tamat laa krusus C++ ni..haa..kat sini nak habaq sikit..
arini ari Isnin,ramai benor yang xdatang kelas..sebabnya??
sebabnya da ramai dapat keje..hukhuk :( sedeh woo..
membe2 da dapat keje...da start keje pun arini..hehe.jeles2..
xpe2..sabar jela erk..lum ada rezeki lagi..
Sir(c++) da bising arini..sebab ramai yang xdatang..huhu
sabar yea Sir...xramai orang senang sikit Sir mengajar..
tiada topik baru yang diajar arini memandangkan ramai yang xdatang..
kan ajar topik baru nanti..ramai plak yang ketinggalan...
so Sir decide suh wat revision topik yang da belajar...
yang da belajar pun belum tentu leh buat ngan baik..aduh..
susah jugak belajar C++ ni yer..sape laa yang create program ni.. :)
ape2 pun aq harap aq dapat manfaatkan ilmu ni dengan baik pas ni...
so..we continue tomorrow yer..
tata..

Sunday, June 5, 2011

SURAT DARI IBLIS



( Surat Dari Iblis)
( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah
cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada-NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang,menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua. Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak,baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini
dengan siapapun.
.

JENAZAH ISTIMEWA(02)


MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya. Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.


Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun...". Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?

Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa :


"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah.....Ya Allah....Ya
Allah......."


Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!


SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya! Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.

"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

JENAZAH ISTIMEWA(01)


Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya. "Ya, ustaz M bercakap". "Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian. "Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.

"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar. Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan...

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Saturday, June 4, 2011

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w Kepada Saidina Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Buruk nya perangai sendiri bila tau ni semua. Moga sama-sama ubah apa yang tak bagus tu~

SIFAT LELAKI YANG DISUKAI WANITA

1. Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.

2. Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.

3. Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.

4. Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.

5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

SIFAT WANITA YANG DISUKAI LELAKI



1. Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

2. Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

3. Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.

4. Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

5. Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan:

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalansunat.
7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

FAHAMI CEMBURU WANITA

KEBANYAKAN lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu. Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas.

Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif. Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya.

Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi. Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

kriteria digunakan oleh WANITA untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku SUAMI

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri. Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya. Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. 


Antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan. Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.

Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri. Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.

Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya.

- Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.
- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.
- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).
- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!
- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.
- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.
- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.
- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal. - Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
- Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya. - Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
- Senjata wanita adalah air mata!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.


 Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Bukti cinta sejati APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda?

Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda. Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam: Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain.

Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.

Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya.
Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.” Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan.

Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri. Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik.

Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan. Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya.
Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama. Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya.

Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.

20 Perkara Membuat Wanita Benci Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
 >> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
 >> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
 >> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
 >> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
 >> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
 >> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
>> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
>> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
>> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
>> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!