Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Sunday, July 29, 2012

Bertadarus Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum sahabat pembaca..sempena bulan ramadhan yang dah xlame lagi akan meninggalkan kita..
jom kita same tinggatkan amalan kita dibulan yang penuh keberkataan ini..dengan mengisi masa yang terluang..dengan perkara yang berfaedah.. :)


Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran dan mengutamakan ia apabila masuk Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra berkata:



“Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Melalui hadis ini Imam Ibnu Rejab menyatakan disunatkan seseorang itu mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping mengajak manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.

“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).

Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sering kali bertadarus al-Quran pada waktu malam kerana pada waktu itu adalah masa yang tenang untuk jiwa manusia melakukan ibadat dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya ibadat pada waktu malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih baik bacaannya.” (Surah al-Muzzammil ayat enam).

Dalam hadis lain puteri Baginda iaitu Fatimah ra menceritakan bahawa Baginda bertadarus al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun kewafatan baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.”(HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Melalui contoh ditunjukkan Rasulullah ini, maka sahabat dan ulama silam berlumba-lumba memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama pada malam sepanjang Ramadan. Diceritakan bahawa bumi Madinah al-Munawwarah pada malam Ramadan dihiasi dengan alunan merdu bacaan al-Quran oleh sahabat.

Mereka memperbanyakkan dan memperelokkan bacaan al-Quran disamping menghayati maknanya, lantas dipraktikkan penghayatan itu dalam kehidupan harian mereka sebagai hamba Allah SWT.
Imam Nawawi menyatakan antara sahabat yang memperbanyakkan bacaan al-Quran adalah Uthman bin ‘Affan, Tamim al-Daariy dan Said bin Jubair yang mana mereka khatam al-Quran dalam solat mereka di hadapan Kaabah pada setiap rakaat solat mereka.

Diceritakan juga Imam Syafi’e khatam al-Quran pada Ramadan sebanyak 60 kali. Dalam Kitab ‘Aun al-Ma’bud dinyatakan bahawa ada di kalangan salafussoleh khatam al-Quran setiap sebulan, dua puluh hari, sepuluh hari, seminggu, tiga hari dan sehari.

Bukankah terdapat larangan mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari?

Dalam hadis Nabi SAW bersabda :

“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).

Jika kita melihat daripada mafhum hadis ini maka kita akan dapati bahawa khatam al-Quran kurang daripada tiga hari seolah-olah dilarang Nabi Muhammad SAW.
Dalam menjawab persoalan ini Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata: “Telah diriwayatkan golongan salafussoleh bahawa mereka mengkhatam al-Quran lebih cepat daripada tiga hari.

Namun, larangan dalam hadis ini tidak menunjukkan kepada pengharaman. Justeru, khatam al-Quran bergantung kepada situasi sahabat dan ulama terdahulu. Namun Imam Nawawi menyatakan bahawa kebanyakan salafussoleh akan khatam al-Quran setiap daripada tujuh hari iaitu selama seminggu.

Perlulah untuk kita semua membaca al-Quran dengan penuh sopan dan tertib. Seelok-eloknya bacalah dengan adanya tadabbur, iaitu dengan menghayati setiap ayat-ayat al-Quran itu.

Walaupun sahabat mampu mengkhatam al-Quran dalam masa satu hari, tetapi mereka membacanya dengan tadabbur iaitu faham dan menghayati makna ayat tersebut. Bagi sebahagian kita yang tidak memahami Bahasa Arab dan tidak faham isi kandungan al-Quran maka sewajarnya kita mengubah cara pembacaan kita.

Jika sebelum ini kita hanya membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya, maka bermula pada Ramadan kali ini cubalah untuk memahami maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran.

Jadual baca al-Quran
  •  Masa khas membaca. Gunakan waktu terluang pada Ramadan ini terutama selepas solat fardu. Jika mampu mengkhatam 30 juzuk al-Quran, maka itu adalah lebih baik.
  • Masa untuk tadabbur al-Quran. Disarankan membaca terjemahan mahupun tafsir al-Quran. Bagi mereka sibuk dengan kerjaya cukuplah hanya membaca terjemahan al-Quran satu muka sehari secara konsisten.
  • Menggunakan masa mengulangi hafalan al-Quran. Gunakan waktu antara selepas bersahur hingga masuk Subuh untuk mengulangi hafalan surah lazim dan pendek.

Saturday, July 21, 2012

Kelebihan Meminum Air Kosong Ketika Perut Kosong

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.




Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

Kaedah-kaedahnya :

1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air.

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda b
oleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:


1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.





Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada.

• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

Memilih Calon Isteri

Assalamualaikum..panduan untuk semua bakal suami :)





1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” 

2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.

3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.

4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.

5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.

Ramadhan 2012

Assalamualaikum Semua..


Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang..
untuk terus hidup dan merasai bulan ramadhan pada tahun ini..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kawan2
xkira dimana korang berada..sama2 kita tempuhi bulan yang penuh keberkatan ni..


Jangan lupa untuk berpuasa n jangan korang buat2 lupa puasa pulak harini..
biasa laa..1st day ni memang kebanyakan xingat yang diorang puasa (penah alami dulu) hehe..

Yang penting petang ni pegi pasar ramadhan..hoho..malangnya aq xdapat nak pergi..
sebab kerja shift petang..!! heeee...  :D

Xpe2..esok boleh jer pergi..hehe..
Selamat Berpuasa Kawan-Kawan..!!


Ramadhan Al-Mubarak Theme














Monday, July 9, 2012

Terus Berdiri

Assalamualaikum..
halooo sume pembaca yang membaca blog yang xseberapa nak update ni..
thanks yang masih memfollow blogku ni..hehe

lama n lama memdiamkan diri..harini baru rajin nak hidupkan blog..
bizi yang ntah pape..xdan nk update blog..

dulu alasan dengan internet slow..
sekarang internet dah laju pun masih ada masalah nak update..
insyallah..pasni akan menrajin2kan diri ni untuk update blog.. :)

buat masa sekarang..no new news..hehe..masih seperti dulu..
masih fresh mencari kerja yang tetap..walaupun sekarang kerja dah tetap..
haha..pendek kate mencari kerja tetap gov ler.. :P
sekarang aq kerja kat syarikat swasta dalam kurungan di Marriott International..
fuhh..kelass gitu..haha..(sejak bile ntah jadi gini)..

baru saje menceburi bidang perhotelan..walaupun dahulu pernah dapat tawaran..
tawaran mempelajari bidang hospitality..
namum rezeki kepada Electronic lebih menyerlah..
sebab tu ler hospitality ni xdapat..hohoho...

alhamdulillah..hospitality ni agak menyeronokkan..
walaupun ramai yang pandang remeh bila dengar pasal perhotelan..
hello..jangan pandang industri perhotelan xde kemajuan..
perhotelan laa paling meningkat buat masa sekarang.. :) (promote)

hingga hari ini sudah mencukupi 5bulan 2hari aq berkerja di Marriott International Co.
best..best..best.. and best..
dalam banyak2 hotel aq pernah kerja (baru 2hotel je pun) ...
hotel ni laa paling best..
staff sume peramah n baik n care (terlebih care pun ada)..
n macam2 lah jugak..

yang penting time keje kite jangan stress..hepy jer semacam..haha
buat kerja kenalah ikhlas..baru laa berkat.. :P

orait..itu saje dari penaja..insyallah..kalu rajin akan update lagi blog ni..hehe
muga2 akan datang ilham tuk menaip lagi...jumpa lagi..
ada sedikit iklan dari penaja..sejak menceburi bidang shooting..haha..
cee yaa.. :p