Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Saturday, October 29, 2011

Jom Heboh = Jom Tambah Dosa

betul x tittle post ni..? pe pendapat korang..??
aih..apa laa sangat program2 camni..
xde faedah pun..bazir masa + duit jer..
ramai pulak yang pegi Jom Heboh ni..
lau program ilmiah..xseramai Jom Heboh pulak..ish..
pe nak jadi..yang pegi pulak pakai..xcukup kain..
pakai tudung..tapi pakai cam hape ntah..
baik xyah pakai tudung..pakai just trend..bukan nk tutup aurat..
pikir2kan laa ye sume.. :)

Tuesday, October 18, 2011

Solat Tidak Diterima ALLAH

✿..10 SOLAT yang tidak diterima ALLAH..✿

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN SELAMAT dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
~► 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
~► 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
~► 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
~► 4. Orang lelaki yang melarikan diri.
~► 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
~► 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
~► 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
~► 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
~► 9. Orang-orang yang suka makan riba’.
~► 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.

Sunday, October 16, 2011

Tempat Tinggal Iblis Laknatullah

Anas bin Malik r.a. berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, ''wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adamtempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Adab Pergaulan Dalam Islam

1.Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-
NYA; 
Katakanlah kepada laki-laki yang

beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;

Dan

katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;

ALLAH berfirman

dan jangan lah mereka

mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; 
Hai nabi, katakanlah kepada

isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. 
Dan

ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua
jenis. 
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda: 
Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.



3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA:

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)



4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;


Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: 
Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita

kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW bersabda: 
Janganlah salah seorang dari kalian

berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)


5.Tidak Melunakkan Ucapan

(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT;  

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir;

Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para

isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir
3/350)



6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;

Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu

masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah;

Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-

orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana

sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari
Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA;
  
Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Mengenali ALLAH

Mengenal Allah dengan benar (ma’rifatullah) merupakan sumber ketenteraman hidup di dunia maupun di akhirat. Orang yang tidak mengenal Allah, niscaya tidak akan mengenal kemaslahatan dirinya, melanggar hak-hak orang lain, menzalimi dirinya sendiri, dan menebarkan kerosakan di atas muka bumi tanpa sedikitpun mengenal rasa malu.

Berikut adalah sebahagian dari ciri-ciri atau indikasi dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta keterangan para ulama salaf yang dapat kita jadikan sebagai pedoman dalam menjawab pertanyaan di atas:

1) Orang Yang Mengenal Allah Merasa Takut Kepada-Nya

Allah S.W.T. berfirman:, “Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu saja.” (QS. Fathir: 28)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan / ma’rifah yang dimiliki seorang hamba kepada-Nya. Oleh sebab itu, orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah di antara mereka. Barangsiapa yang mengenal Allah, niscaya akan menebal rasa malu kepada-Nya, semakin dalam rasa takut kepada-Nya, dan semakin kuat cinta kepada-Nya. Semakin pengenalan itu bertambah, maka semakin bertambah pula rasa malu, takut dan cinta tersebut….” (Thariq al-Hijratain, dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/97])

2) Orang Yang Mengenal Allah Mencurigai Dirinya Sendiri

Ibnu Abi Mulaikah -salah seorang tabi’in- berkata, “Aku telah bertemu dengan tiga puluhan orang Sahabat Rasulullah S.A.W, sedangkan mereka semua merasa sangat takut kalau-kalau dirinya tertimpa kemunafikan.” (HR. Bukhari secara mu’allaq).

Suatu ketika, ada seseorang yang berkata kepada asy-Sya’bi, “Wahai sang alim / ahli ilmu.” Maka beliau menjawab, “Kami ini bukan ulama. Sebenarnya orang yang alim itu adalah orang yang sentiasa merasa takut kepada Allah.” (dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/98])

3) Orang Yang Mengenal Allah Mengawasi Gerak-Geri Hatinya

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “..Begitu pula hati yang telah disibukkan dengan kecintaan kepada selain Allah, keinginan terhadapnya, rindu dan merasa tenteram dengannya, maka tidak akan mungkin baginya untuk disibukkan dengan kecintaan kepada Allah, keinginan, rasa cinta dan kerinduan untuk bertemu dengan-Nya kecuali dengan mengosongkan hati tersebut dari ketergantungan terhadap selain-Nya. Lisan juga tidak akan mungkin digerakkan untuk mengingat-Nya dan anggota badan pun tidak akan tunduk berkhidmat kepada-Nya kecuali apabila ia dibersihkan dari mengingat dan berkhidmat kepada selain-Nya. Apabila hati telah terpenuhi dengan kesibukan dengan makhluk atau ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat maka tidak akan tersisa lagi padanya ruang untuk menyibukkan diri dengan Allah serta mengenal nama-nama, sifat-sifat dan hukum-hukum-Nya…” (al-Fawa’id, hal. 31-32)

4) Orang Yang Mengenal Allah Selalu Mengingati Akhirat

Allah S.W.T. berfirman:, “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, maka akan Kami sempurnakan baginya balasan amalnya di sana dan mereka tak sedikitpun dirugikan. Mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah apa yang mereka perbuat serta sia-sia apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Huud: 15-16)

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bersegeralah dalam melakukan amal-amal, sebelum datangnya fitnah-fitnah (ujian dan malapetaka) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gulita, sehingga membuat seorang yang di pagi hari beriman namun di waktu tengahari menjadi kafir, atau waktu tengaharinya beriman namun di pagi harinya menjadi kafir, dia menjual agamanya demi mendapatkan kesenangan duniawi semata.” (HR. Muslim)

5) Orang Yang Mengenal Allah Tidak Tertipu Oleh Harta

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya perbendaharaan dunia. Akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah rasa cukup di dalam hati.” (HR. Bukhari).

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Seandainya anak Adam itu memiliki dua lembah emas niscaya dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak akan mengenyangkan rongga / perut anak Adam selain tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa pun yang mau bertaubat.” (HR. Bukhari)

6) Orang Yang Mengenal Allah Akan Merasakan Manisnya Iman

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ada tiga perkara, barangsiapa memilikinya maka dia akan merasakan manisnya iman…” Di antaranya, “Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada segala sesuatu selain keduanya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Akan merasakan lazatnya iman orang-orang yang ridha kepada Rabbnya, ridha Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai rasul.” (HR. Muslim).

7) Orang Yang Mengenal Allah Tulus Beribadah Kepada-Nya

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu dinilai berdasarkan niatnya. Dan setiap orang hanya akan meraih balasan sebatas apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya [tulus] karena Allah dan Rasul-Nya niscaya hijrahnya itu akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena [perkara] dunia yang ingin dia capai atau perempuan yang ingin dia nikahi, itu artinya hijrahnya akan dibalas sebatas apa yang dia inginkan saja.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa anda, tidak juga harta anda. Akan tetapi yang dipandang adalah hati dan amal anda.” (HR. Muslim).

Ibnu Mubarak rahimahullah mengingatkan, “Betapa banyak amalan kecil yang menjadi besar karena niat. Dan betapa banyak amalan besar menjadi kecil gara-gara niat.” (Jami’ al-’Ulum wal Hikam oleh Ibnu Rajab).

Demikianlah, sebahagian ciri-ciri orang yang benar-benar mengenal Allah. Semoga Allah S.W.T. memberikan taufik kepada kita untuk termasuk dalam golongan mereka.

Allahu Akhbar !!

Still Waiting

Aii Semua..
hidup sekarang..makin lama makin bertambah kerumitannya..
makin bertambah tanggungjawabnya..dan makin bertambah segala-galanya.
tapi aq masih cool beb.. :) hanya memohon pertolongan dari yang Esa..
supaya diberi kekuatan untuk menempuh segala cabaran yang datang..
masih jauh perjalanan yang harus aq tempuh..boleh dikatakan hampir 60%..
apa yang sudah berlalu..sudah aq lupakan..hanya menanti apa yang akan berlaku..
kemudian harinya.. :)

Monday, October 10, 2011

New Nephew

08-10-2011

citer die camgini..kalau x silap la..pagi tu..akak aq hantar sms..
tanya kenapa call Ma x dapat..pelik jugak sebab aq call ok jer..
sms-nye lebih kurang camni laa :)

"Rano tel ko ma xleh..oyak ko Ma kak slim dah..macam shahir jugak"

dah laa time 2 aq sibuk kerja...tiba2 sms cakap camtu..
mahunye xpening aq baca mesej 2..xkan laa nak call ma just nak bagitau yang dia da slim..
haha..heran2..time 2 ignore jer sms yang akak aq anta..sebab biziey..
then after kerja..aq terpikir2 kenapa laa akak aq anta mesej camgitu..

emm..pikir punye pikir...ya Allah..aq lupa yang akak aq pregnant sebelum ni!!!!
haha...lawak2..giler ar..sampai lupa akak aq pregnant..
maklum laa..akak aq tu duk Johor..mane laa aq nak ingat keadaan dia macamana..

sory laa akak..saya biziey dengan kerja..sampai terlupa yang akak pregnant..
akak aq selamat bersalin pada 08-10-2011 & petang tu jugak dia dapat pulang ke rumah..
dapat baby boy..semua anak dia lelaki..belum sampai rezeki tuk dapat girl.. :)

kesimpulannya..anak buahku makin bertambah...so aq kena besarkan size rumah ni..
untuk menampung mereka2 yang akan datang & balik ke rumah ni..
terutama pada musim perayaan & sama waktu dengannya..hehe

kalau korang nak tahu..aftar add minus devide ngan multiple semua anak buah aq,,
total up yang paling latest adalah 24 orang..huh..korang dapat bayangkan x camne..
adui..mahu xpecah kepala kalau semua ada..haha.. :)

Saturday, October 8, 2011

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

1. Pemarah-paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam-tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak-orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar-andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak-terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita..dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Letih..Tuih..

letihnya bukan main lagi..gara2 menatap komputer seharian..
bukan senang nak ceburi networking ni..haish..
lain yang study..lain yang dibuatnya...tapi xpe..
kalau x belajar..xkan kite reti..hehe..
setting punya setting..start dari kul 10am..
sampai ler 4.30pm..lame tuuu...sampai xsempat nak g makan..
bueknye xpenat..air seteguk pun xtelan..dari pagi..
drive balik dari KB ke opis dalam keadaan terpakse jer.. :)
sampai opis kul 6..ape lagi..chow kit road balik umah arr..hehe
sampai umah..dibuat pulak demam..atuiyaiii..
penat seh..penat..bagi meka yang ngah study networking..
lebih baik korang out jer..( ayat menghasut )..

Wednesday, October 5, 2011

Migrain + Magrain + Mugrain

ouchh...dilema..dilema..
ni laa yang x syok ni...sakit kepala..
da lame x migrain..haih..camne laa datang tiba2 ni..
tension..tension..cepat laa ilang yer migrain..
nanti nak keje xsyok..hurm.. :(

Break Time :)

Kringggg.....loceng bunyi (ingat time sekolah dulu..haha)
xde laa sampai bunyi loceng time rehat..haha
bila tengok jam da 12.58 tengahari..haa..tau2 sendiri laa..
even belum cukup masa lagi..aq da chow kuar..
tapi disebabkan hari ni kak Ailing nak belanja..lambat laa sikit keluar rehat..
hehe..orang nak belanje punya pasal.. :)
bukan senang majikan nak belanje makan ni...heee...

orang kuat.. :)


sebelah kanan sekali..that's my employer :)

Saturday, October 1, 2011

New Task

Assalamualaikum... :)
dah lama x update blog ni..agak sibuk kebelakangan ni..(alasan yang sama)
okeh..memandangkan hari ni ada kesempatan tuk update blog ni..
meh nak citer sikit..hehe..hari ni 01 Oktober 2011..
sudah masuk hari ke 25 aku keje..
boleh dikatakan setiap hari aku kena keluar..
keje outside..agak penat..tapi seronok..
sebabnya..kalau xkeje kat luar..duduk je kat opis 2..
banyak cabarannya...faham2 sendiri laa..kalau da xada keje..
nak tidor jer laa..hehe..dalam kesejukkan plak tu..
hee...tapi alhamdulillah..setakat ni aku xpernah tidor time keja ok.!!:)
new task yang baru2 ni aku dapat..kena buat maintainence dekat IPD Bachok..
pagi tu boss aku dapat call pergi respone untuk solve problem network dekat sana..
agak teruja jugak..sebab first-time dapat jejak masuk dalam IPD.. :)
dipendekkan cerita..dapat laporan suruh check SISCO..tapi benda lain yang rosak..
so..aku just reconfigure balik jer network setting kat IPD tu..
aku pun agak pelik camne setting tu boleh berubah..
hehe..pape pun xkisah lah..sebab boleh claim..haha..
banyak jugak sistem yang pihak berkuasa kat negara kita guna..heee...
yang tu rahsia..tak leh citer kat umum..hehe..aku jer yang tahu..wekk..
so..pengalaman ni agak seronok sebenarnya.. :)
so siapa2 yang nak join..cari laa keja yang banyak travel.. :)

info lain yang aku nak share kat sini..
hari ni jugak laa..parent angkat aku akan bertolak ker Makkah..
untuk menunaikan ibadat Haji..kawan2 doakan keselamatan mereka semua..
muga2 Allah kurnaikan Haji yang tertinggi kepada mereka berdua..
disebabkan semalam aku xsempat nak g jumpa mereka..
pagi tadi..lepas solat subuh..terus aku gerak ke rumah parent angkat tu..
haha..sebab Mek & Ayah nak turun dari rumah jam 9am..
kalau pergi lewat nanti xsempat nak jumpa diorang..
lagipun hari ni aku kerja..hee..
dah laa..penat laa pulak taip panjang2 ni..
lain kali aku update lagi yer.. :)
salam sejahtera semua yer..