Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Friday, March 29, 2013

Cara Tidur Rasulullah





CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam



--Thanks for Visit--

Cara Mengesan Jin Dalam Badan


Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba.


Langkah 1
Dengarkan 
Ruqyah Syar'iyyah dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut mahupun dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.







SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. 
(tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)



--Thanks for Visit--

Sunday, March 24, 2013

Mereka Telah Kembali



Khamis, 21 Mac 2013 - 1730 ,Perginya seorang hamba Allah buat selama-lamanya, xkan mungkin dapat dilihat jasadnya dimuka bumi Allah ini, xkan mungkin dapat mendengar suaranya dibumi Allah ini, semuanya hilang dari pancaindera yang selama ini dapat didengari dan dilihat oleh sekalian makhluk di dunia ini.

Namun, tangisan air mata berdarak sekalipun tidak dapat mengembalikan jasad dan roh itu menjadi sediakala, muga roh arwah tenang dialam Barzakh dengan izin yang Maha Esa, muga ditempatkan dalam kalangan yang beriman, Amin 

Kami disini masih terasa kehilangan dan pemergiannya... :(






--Thanks for Visit--

Tuesday, March 19, 2013

10 Perkara Merosakkan Otak








Kita sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang mungkin merosakkan otak kita dari segi rohani mahupun jasmani dimana kita tidak sedar kerosakkan itu berlaku..antara perkara-perkara yang dapat menjejaskan otak kita ialah :

1. Tidak Sarapan Pagi
Mereka yang tidak sarapan pagi memiliki kadar gula dalam darah yang rendah, akibatnya bekalan nutrisi ke otak menjadi kurang.

2. Makan Terlalu Banyak
Terlalu banyak makan, apalagi yang kadar lemaknya tinggi, dapat mengakibatkan pengerasan pembuluh darah otak kerana penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. Akibatnya kemampuan kerja otak akan menurun.

3. Merokok
Zat dalam rokok yang disedut akan mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Bekalan gula terlalu banyak
Gula yang terlalu banyak akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi, sehingga terjadi ketidakseimbangan gizi yang akan mengganggu perkembangan otak

5. Pencemaran Udara
Otak adalah bahagia yang menggunakan oksigen paling banyak dalam tubuh manusia. Menghirup udara yang cemar dapat menurunkan bekalan oksigen ke otak sehingga dapat menurunkan efisiensi otak.

6. Kurang Tidur
Otak memerlukan tidur untuk beristirahat dan memulihkan kemampuannya. Kekurangan tidur dalam jangka waktu lama akan mempercepat kerosakan sel-sel otak.

7. Menutup kepala ketika tidur
Kebiasaan tidur dengan menutup kepala meningkatkan konsentrasi zat karbondioksida dan menurunkan konsentrasi oksigen yang dapat menimbulkan kesan kerosakan pada otak.

8. Berfikir ketika sakit
Bekerja terlalu kuat atau memaksakan untuk menggunakan fikiran kita ketika sedang sakit dapat menyebabkan berkurangnya efektifitas otak serta dapat merosakkan otak.

9. Kurang menstimulasi pikiran
Berpikir adalah cara yang paling tepat untuk melatih otak kita. Kurangnya stimulasi pada otak dapat mengkerutnya otak kita.

10. Jarang berkomunikasi
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu saranan memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual dapat memicu efisiensi otak. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.


--Thanks for Visit--

Sunday, March 10, 2013

Breakfast 08 January 2013


 
Sorry kawe suka + minat makan, so xkisah la kawe nak update pasal makan pun yer!! :)
 
 



Tu big brother Mr. Mohd Hariff Ghazali a.k.a MachoMan and my bestfriend...sape nak kenal taip je dekak google!! He's still single  :D

Biase la orang bujang, bangun pagi kalu sendiri punya kaki tangan xmasak, sape lagi yang nak tolong masakkan, tapi bila masing2 kaki n tangan malas nak gerak, kedai la jawabnya..haha (memang malas masak pun)



 


Bila lapar, memang la banyak yang kena masuk, almaklum laa malam sebelumnya xmakan..nasi..tapi sebat burger ayam..hehe






Yang ni my favourite jugak laa..hehe..yang 4 gelas kat atas tu abaikan..sebab kena sabotaj..kahkah.. syok arr makan makanan budak2 ni..hehe honeystars + kokocrunch + nestle cornflake + honey + fresh milk... Lazat xterkata.. memang xkate pape pun time makan..sebab lapar sangat..
 
 




 Hehe..tu pic yang disabotaj ok!! abaikan..kuang..kuang..kuanggggggg.. sekian :)


--Thank for Visit--

Pulau Perhentian Holiday


 
 Pe kabar sahabat pembaca my blog nih..hope sihat belakow.. kawe camni la kejap ada kejap xde.. xdan nak update blog (macam la famous sangat..kahkah)

So far no new news for my future, but soon inshaAllah..akan ada berita baru dari kawe berkaitan dengan macam2..hehe

Ada la sedikit suka duka yang berlaku dalam tahu 2013 ni, tapi alhamdulillah semuanya dapat dihadapi dengan tabah.

Early of this year kawe ada g vacation kat pulau yang sudah lame mengidam nak pergi sana, so alhamdulillah Allah makbulkan hajat kawe untuk ke sana.

Pulau yang kawe pergi tu Pulau Perhentian, xleh nak dinafikan pulau tu memang cantik sangat, patut la ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Perhentian.

Walaupun kawe ke sane dalam cuaca yang tidak sesuai, penghujung tengkujuh rasenya, akhir bulan Januari 2013, tapi alhamdulillah semuanya ok belake..cuma dalam perjalanan balik menaiki speedbot tu ombak agak menakutkan jugak :)



Keadaan ombak mase ontheway ke resort


Sea View depan resort

Depan resort

First time snorkeling, memang agar superb teruja dengan apa yang dilihat..hehe..maklum la pertama kali tengok kehidupan dalam laut tu, macam2 ada! Lau la ada kamera yang leh snap dalam air time tu..nak je snap picture :)
 
Next time nak melawat lain pulau pulak.. :) InshaAllah.. Itu sahaja coereytannye.. :)
 
 
--Thank for Visit--