Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Tuesday, March 19, 2013

10 Perkara Merosakkan Otak








Kita sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang mungkin merosakkan otak kita dari segi rohani mahupun jasmani dimana kita tidak sedar kerosakkan itu berlaku..antara perkara-perkara yang dapat menjejaskan otak kita ialah :

1. Tidak Sarapan Pagi
Mereka yang tidak sarapan pagi memiliki kadar gula dalam darah yang rendah, akibatnya bekalan nutrisi ke otak menjadi kurang.

2. Makan Terlalu Banyak
Terlalu banyak makan, apalagi yang kadar lemaknya tinggi, dapat mengakibatkan pengerasan pembuluh darah otak kerana penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. Akibatnya kemampuan kerja otak akan menurun.

3. Merokok
Zat dalam rokok yang disedut akan mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Bekalan gula terlalu banyak
Gula yang terlalu banyak akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi, sehingga terjadi ketidakseimbangan gizi yang akan mengganggu perkembangan otak

5. Pencemaran Udara
Otak adalah bahagia yang menggunakan oksigen paling banyak dalam tubuh manusia. Menghirup udara yang cemar dapat menurunkan bekalan oksigen ke otak sehingga dapat menurunkan efisiensi otak.

6. Kurang Tidur
Otak memerlukan tidur untuk beristirahat dan memulihkan kemampuannya. Kekurangan tidur dalam jangka waktu lama akan mempercepat kerosakan sel-sel otak.

7. Menutup kepala ketika tidur
Kebiasaan tidur dengan menutup kepala meningkatkan konsentrasi zat karbondioksida dan menurunkan konsentrasi oksigen yang dapat menimbulkan kesan kerosakan pada otak.

8. Berfikir ketika sakit
Bekerja terlalu kuat atau memaksakan untuk menggunakan fikiran kita ketika sedang sakit dapat menyebabkan berkurangnya efektifitas otak serta dapat merosakkan otak.

9. Kurang menstimulasi pikiran
Berpikir adalah cara yang paling tepat untuk melatih otak kita. Kurangnya stimulasi pada otak dapat mengkerutnya otak kita.

10. Jarang berkomunikasi
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu saranan memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual dapat memicu efisiensi otak. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.


--Thanks for Visit--

Sunday, March 10, 2013

Breakfast 08 January 2013


 
Sorry kawe suka + minat makan, so xkisah la kawe nak update pasal makan pun yer!! :)
 
 



Tu big brother Mr. Mohd Hariff Ghazali a.k.a MachoMan and my bestfriend...sape nak kenal taip je dekak google!! He's still single  :D

Biase la orang bujang, bangun pagi kalu sendiri punya kaki tangan xmasak, sape lagi yang nak tolong masakkan, tapi bila masing2 kaki n tangan malas nak gerak, kedai la jawabnya..haha (memang malas masak pun)



 


Bila lapar, memang la banyak yang kena masuk, almaklum laa malam sebelumnya xmakan..nasi..tapi sebat burger ayam..hehe






Yang ni my favourite jugak laa..hehe..yang 4 gelas kat atas tu abaikan..sebab kena sabotaj..kahkah.. syok arr makan makanan budak2 ni..hehe honeystars + kokocrunch + nestle cornflake + honey + fresh milk... Lazat xterkata.. memang xkate pape pun time makan..sebab lapar sangat..
 
 




 Hehe..tu pic yang disabotaj ok!! abaikan..kuang..kuang..kuanggggggg.. sekian :)


--Thank for Visit--

Pulau Perhentian Holiday


 
 Pe kabar sahabat pembaca my blog nih..hope sihat belakow.. kawe camni la kejap ada kejap xde.. xdan nak update blog (macam la famous sangat..kahkah)

So far no new news for my future, but soon inshaAllah..akan ada berita baru dari kawe berkaitan dengan macam2..hehe

Ada la sedikit suka duka yang berlaku dalam tahu 2013 ni, tapi alhamdulillah semuanya dapat dihadapi dengan tabah.

Early of this year kawe ada g vacation kat pulau yang sudah lame mengidam nak pergi sana, so alhamdulillah Allah makbulkan hajat kawe untuk ke sana.

Pulau yang kawe pergi tu Pulau Perhentian, xleh nak dinafikan pulau tu memang cantik sangat, patut la ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Perhentian.

Walaupun kawe ke sane dalam cuaca yang tidak sesuai, penghujung tengkujuh rasenya, akhir bulan Januari 2013, tapi alhamdulillah semuanya ok belake..cuma dalam perjalanan balik menaiki speedbot tu ombak agak menakutkan jugak :)



Keadaan ombak mase ontheway ke resort


Sea View depan resort

Depan resort

First time snorkeling, memang agar superb teruja dengan apa yang dilihat..hehe..maklum la pertama kali tengok kehidupan dalam laut tu, macam2 ada! Lau la ada kamera yang leh snap dalam air time tu..nak je snap picture :)
 
Next time nak melawat lain pulau pulak.. :) InshaAllah.. Itu sahaja coereytannye.. :)
 
 
--Thank for Visit--

Punca Lidah Kelu Ketika Ajal


 
Tahukah korang, kenapa orang yang menghampiri kematian, mereka tidak dapat nak berkata-kata seperti biasa??


Diriwayatkan sebuah hadis :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan..jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya"

Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri..jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
 
 

Jika lagu kebanggsaan Negaraku berkumandang, kita diajar untuk berdiam diri dan berdiri tegak, tapi mengapa ketika azan kita tidak mendiamkan diri..?

''Barang siapa yang berkata-kata ketika azan..Allah akan kelukan lidahnya ketika sakaratul maut...''

Na'udzubillahimindzalik...

Kita takut dengan kelunya lidah kita ketika saat ajal hampir tiba..maka kita tidak dapat mengucap kalimah "LailahaillAllah".
 
 
 
Bagi sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut..Allah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka.

Kerana itu..mari kita sama-sama menghormati azan dan memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu ketika nyawa kita hendak dicabut.

"Ya Allah..Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia..
Lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah "LailahaillAllah.." sewaktu sakaratul maut menghampiri kami..Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya rabbal a'lamin.."
 
 
--Thanks for Visit--


Tuesday, March 5, 2013

7 Kalimat Penghapus Dosa

--Assalamualaikum--




Barang sesiapa yang menghafal tujuh kalimati ini, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih laut.. InshaAllah dengan izin-Nya.

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.



4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diinginkan.

6. Mengucap “Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun” jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap “Laa ilaa ha illa Allah Muhammadur Rasulullah” sepanjang siang dan malam, sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Selamat beramal ye sahabat.. :)

--Thanks for Visit--

Sunday, March 3, 2013

Amalan Yang Berterusan



-Assalamualaikum-

Walaupun kita telah meninggal dunia, masih lagi kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Dengan apa cara sekali pun, Allah tetap akan menghitung segala kebaikan atau kesalahan kita walaupun ianya sebesar zarah. Dan cara paling mudah untuk kita mendapatkan ganjaran pahala di kemudian hari antaranya :-



  • Memasang kipas di surau/masjid walaupun sekali, setiap kali orang menggunakannya anda akan mendapat pahala
  • Menderma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya anda akan mendapat pahala.
  • Memberikan baju kepada orang yang memerlukan (anak yatim/orang miskin dan lain-lain). Setiap kali mereka memakainya, anda akan mendapat pahala.
  • Memberi makan kepada orang, anda akan mendapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
  • Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan ilmu tersebut,anda akan mendapat ganjaran pahala.

Kongsikan mesej ini kepada semua semoga ianya dapat dijadikan amalan dan semoga perkongsian ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

 "Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang mendokan untuknya." -Hadis Riwayat Muslim-


--Thanks for Visit--